Friday, March 26, 2010

Bagaimana?

muhammadzubirali

Bagaimana
kalau kau
dilahirkan semula
sebagai seorang remaja,
apakah aku
bisa membetulkan jalan hidupku
supaya jadi lebih mulia
lebih mengerti
lebih simpati?

Atau walaupun
berapa kali
aku dijadikan
masih juga aku
mahu mengulangi
kesilapan dulu
kerna nikmat itu
tersimpan di sebalik kesilapan
dan tangisan keampunan.

Abu Raihan

No comments: