Monday, August 23, 2010

Masjid Besi, Putrajaya

ku ingin terus bertamu.. ku ingin terus meresap ke atma maqammu... ku ingin selalu berada dekat denganmu... ku ingin menjadi sebuah kehidupanmu... gemersik indah bacaanmu. menusuk terus ke tulang belulangku. seketul daging beku menggeletar bila diseru nama agung itu... Maha Suci Allah, Tuhan sekelian alam... Ya Rabbil alamin.. 

Friday, March 26, 2010

Pinta

Alhamdulillah...
Ketika hati tulus meminta
ia terlaksana.

Pernah dulu aku meminta
itu dan ini
Apa yang aku perolehi
hanya sebuah jalan yang panjang
yang penuh dengan adegan yang tak kuinginkan

Cacatkah pintaku?
Cacatkah diriku yang meminta?
cacatkah nuraniku ketika aku meminta-minta?

Kini aku mengerti
Mungkin pintaku tiada murni
Mungkin juga pintaku memaksa
Mungkin juga Dia suka aku meminta
dan terus meminta berkali-kali kepada-Nya
berserah diri seluruhnya kepada yang lebih hakiki
supaya lebih mendekat
supaya lebih memahami
supaya lebih menghayati

Alhamdulillah...
Bukan sahaja pintaku itu dan ini,
diberi lagi dan lagi...

e.m.a.s.
26/03/2010

Saat Ini

Kebuntuan pada hati
Kekaburan pada fikir
Kepenatan pada jasad
Kelelahan pada jiwa
Kecanggungan pada reaksi
Kesumbangan pada nada
Kepelikan pada bunyi
Keanehan pada realiti
Masa depan yang berfantasi infiniti
Jalan yang berstruktur
Langkah yang tak teratur
Lengah yang berpanjangan
Tapi akal tetap raja
Kepercayaan tetap yang terutama
Fikiran adalah peneraju
Emosi menghayati
Tingkah laku adalah penentu
Langkah demi langkah...

e.m.a.s.
06/09/2006

Yoyo- Sang Kera Hitam (Setelah tidak jadi melihat "Wangi jadi Saksi")

Yoyo- Sang Kera Hitam
(Setelah tidak jadi melihat "Wangi jadi Saksi")

Dia belajar di Amerika
Mengangkat kamera dan filem
Dari satu bunga kangkang
ke bunga kangkang yang lain
mencari dan mencuri ilham
dari runtuhan bangunan
kota New York.

Lalu pulang ke gagang
Dalam keadaan mengengkang
Dan terkangkang mencari bunga baru
Dengan keangkuhan seorang direktor
Anak didik kera hitam dari Amerika.
Kerna katanya :
Kera kelabu asap di sini masih belum bertamadun
Masih di ikat oleh adat kuno
Masih belum mengerti erti kebebasan sejati
Mungkin dia boleh mengajar kera-kera di sini
pengertian hidup yang sebenar
Bebas dari ikatan apa-apa saja.

Kerana kangkangnya lebih besar
Dari sekangkang kera kelabu
Maka tradisi baginya
Adalah sebuah ceritera rhetorika
Untuk menerima realiti khayalan
Sementara menunggu kemusnahan,
Yang pasti datang
Membawa kiamat diri.

Yoyo si kera hitam
Bicara tentang kebenaran
Sambil meneguk anggur di tangan
Dan mata liar
Melihat bunga di taman
Untuk merenung mata
Potensi mangsa senggamanya
Yang terkial-kial memandang langit diri
Dalam kepuasan sementara,
Sementara menunggu
Bulu serigalanya tumbuh sepenuhnya
Dan hukum karma memakan diri.

Julai 2006

API CINTA

JIKA BOLEH MAU SAJA
KUBERIKAN KAMU API CINTA INI
API YANG MENYALA
DI DALAM DADA.

JIKAKU PEKIK ATAUPUN TIDAK
MALAM DAN SIANG
IA TETAP MEMBARA
(MEMBERI CAHAYA)

CHORUS

MEREKA BERKELUBUNG MENUTUPI FIKIRAN
TETAPI HATI KEKASIH BAK SELENDANG
MENYALA-NYALA API EMAS CINTANYA
(MENYAMBAR JIWAKU JIWAKU YANG GERSANG)

(OH TUHAN)

UBAHSUAI DARI SAJAK RUMI
OLEH ZUBIR ALI
19 MEI 2006

BERHALA DUNIA

muhammadzubirali

Setiap tahun
dunia memilih berhala barunya
dan si mata Dajjal itu
setiap minggu
membuka matanya yang satu
menyerang setiap ruang tamu.
dengan sihir medianya.

Kalau dulu
manusia memberhalakan hantu
memberhalakan patung batu
tapi kini
dengan suara dari neraka
tercipta dewa dan diva
maka di mana mana
ada replika budaya
berhala negara dunia
dengan berbagai nama
berhala baru
ordisia dan fantasia
dan keuntungan berjuta
atas kebodohan citarasa
remaja harapan bangsa.

Begitulah manusia
lari dari merah asap
ke dalam budaya dolar
dia terperangkap
dan bapa-bapa
masih melihat dari tingkap
bagaimana anak-anaknya
di racun hijau dolar
dan kalau risau
boleh saja diaturkan
satu seminar besar
untuk dihadiri
oleh orang yang perlu sedar
tapi tak punya kuasa
untuk mengubah dunia.

Mari kita
ramai-ramai ketawa
ketawakan diri kita sendiri
biarkan si Ali dalam dunianya
terpinggir dan tersendiri
keseorangan dia akan mati.

1 Mac 2005

KETIADAAN

muhammadzubirali

Dari tiada
Muncullah ada
Muncullah pasangan
Muncullah cahaya
Muncullah makna
Menjadi bentuk-bentuk
Yang berenang di lautan lawan.

Tiada itulah bonda
Kerana darinya lahir segalanya
Ada itulah bapa
Kerana darinya terpancar alif
Dan hejaiyah yang lain.

Rahsia itu
Adalah perkahwinan
Kawin itu buahnya zuriat
Zuriat itulah khalifah
Memerintah dan diperintah
Pada malam pernikahan
Tiada dan ada.


2000

MENAPIS WAKTU

muhammadzubirali

Bagaimana nakku katakan
Perjalanan seharian ini
Lebih bererti
Dari setahun
Mengamati buku-buku purba
Yang menyimpan rahsia berjuta.

Steve Dan Martin
Rakan dari dunia yang lain
Duduk berhadap-hadapan
Sambil meminum kopi
Tapi yang kami minum bersama
Ialah sungai susu
Ialah sungai madu
Ialah sungai arak
Dari dusun buah-buahan
Di luar musim.

Akhirnya kami berdiri
Memandang kekosongan
Yang menelan ruang dan waktu
Dan hakikat menyentuh hati kami yang kosong.

Apa yang sebenarnya wujud
Kalau bukan
Simulasi yang panjang
Lapis berlapis
Lalu aku pun menapis waktu
Dan mengumpulkannya menjadi satu.


Oxford
Khamis
30 Mac 2005

RINTIK HUJAN ADALAH AIRMATA

muhammadzubirali

Rintik hujan yang dingin
Menikam jariku
Menyakiti telingaku
Yang telanjang
Didakap angin malam
Dan dari jendela tingkap cermin kaca
Mr. John tanpa silu dan malu
Mengaku dalam iklan tv
Bahawa seleranya pada lelaki
Atas nama mutlaknya kebebasan
Manusia istimewa
Penakluk dunia.

Malam berikutnya
skrin kaca membuka
tirai baju para wanita
dengan hikayat
membesar gunung di dada
atas nama berhala dunia
supaya manusia lupa
pada forbia kekejaman
di pusat dunia.

Rintik hujan adalah airmata
Dan mereka yang menganjurkan
Kebebasan fikiran
Medakap prejudisma
Pada si kulit hitam dan kelabu
Sambil melaungkan kebebasan
Umat manusia
Di bawah panji-panji kekejaman
Yang mereka cipta
Dan ekspot kedua ketiga
Atas nama keadilan sejagat.


bayswater
London

30 Mac 2005

Mama

Muhammadzubirali

Mama

(2)

Sesekali
teringat juga aku
kepadamu mama,
sewaktu duka
dan sepi
mengetuk-ngetuk
pintu rumahku.

Sesekali
teringat jua aku
kepadamu mama,
bila ruang
dan masa
tidak lagi memberi erti
pertemuan.

Begitulah biasanya
duka dan sepi
menjadi teman setia
kepada mereka
yang ingin kembali.

Aku pun
entah kenapa
pada saat begini
terasa amat ketiadaanmu
mama!

Aku pun
entah kenapa
kadang-kandang terasa
kematianmu
adalah kematianku
juga.

18 Oktober 1980

Dewan Sastera
Julai 1982

SURAT UNTUK MEMANDANG NUR DI HUJUNG HORIZON (Untuk Anwardi Jamil yang terus berkarya)

Masih ada
Orang jujur
yang harus hidup miskin
Masih ada
Pejuang bangsa
Yang tak boleh dibeli
Demi harga diri
Masih ada
Pejuang budaya
Yang tidak luntur
Oleh pengaruh V dan MTV.
Masih ada
Nur di hujung horizon
Walaupun horizon itu berubah-ubah.

Kata-kata manis
Seharusnya tidak lagi memikat
Kecuali diturut
Oleh aksi yang selari
Rhetorika bahasa
Tertinggal di celah-celah buku
Yang tidak lagi dibaca
Oleh mata muda yang ghairah.

Pak Menteri
Bercakap lantang di khalayak ramai
Tentang harga diri
Suatu bangsa
Ketika anak buahnya
Berkokok panjang
Dengan aturan dan undang-undang
Untuk mengorbankan nur
Di layar filem
Supaya filem kita
Kehilangan wajah sendiri.

Kita bukakan langit dan angkasa
Supaya orang dari kampong
Yang tak berpeta
Dapat mengenal
Rakyat pendalaman
Eropah dan Amerika
Supaya mereka
Lebih berilmu
Pada masa yang sama
Ada orang di kota New York dan London
Yang tak tahu di mana Malaysia.

Mungkin betul kata Aflin
"Sampai bila"
Dunia ketiga
Akan di buli terus
Oleh orang dari Utara
Dan kita hanya perlu
Menerima ide mereka
Untuk hidup selesa
Di bawah penjajahan
budaya dan minda.

Ayuh!!!
Kita bukakanlah langit kita
Supaya mudah untuk dijajah
Supaya budaya anti agama
Dan hujan warna
Dari Barat itu
Boleh menggoyangkan pinggul
Anak-anak muda kita
Yang masih belum berwarna.
Atas nama kebebasan memilih
Ala demokrasi Barat.
Kemudian nanti
Kita seminarkan
Peranan ibupaba dan pendidik
Dalam pembentukan peribadi remaja
Dan membiarkan langit yang bocor itu
Terus membasah lantai hidup kita.

kerisperak

Sang Serigala

muhammadzubirali

Kelihatannya orang serigala
Seperti orang,
Tapi ada binatang
Di dalam orang,
Wangi di luar
Busuk di dalam
Mesra di kulit
Dendam di isi
Putih di mulut
Hitam di hati
Langit cerah
Bumi basah.

Kelihatannya ada serigala
Di dalam manusia
Mengulum jari
Menyembunyikan kuku
Melebarkan senyum
Menyembunyikan taring
Dan dengan baju tradisi
Kain berombak-ombak
Dengan ketawa dan wajah berseri-seri
Kalimah yang indah-indah
Bertaburan gugur
Dari bibir yang merekah.

Siapa yang dapat melihat
Onak duri dan paku besi
Di bawah hamparan permaidani
Siapa yang dapat mendengar
Hembusan kipas kasturi
Menutupi bunyi dendam kesumat
Seorang serigala
Yang menunggu ketika
Untuk membahan hati
Mangsa yang alfa diri?

7 Januari 2004

All I Ever Wanted

All I ever wanted I found in you
You're all I ever wanted
You're to good to be true
I will always need here in my life
I will love you forever
I am so glad these two hearts
Came together
Love always be so true
Cause' I will always go on lovin' you

All I ever needed was love
And the arms that could give me a
Warm hug
I love that feeling of being loved
I feel that way when I'm next to you
Holding you so close I will always do
I will always go on loving you so true

A Silent Love Too Late

For you do not know I hold a love to
A love I held so deep within
But I was too late

You found another
And I found the night….alone
I see your smile
But you do not see my tears
I willed it not
You spoke of spring love
But I spoke of pain
Pain of knowing I held within me

One day we grew apart
And I changed
Now…you left behind the night
My only friend I hear your cry
But I do not return
For you were too late
For my soul is the only thing remain
From this world of night.

Liars

We are surrounded
by liars.

the ears hear,
but they only hear some sounds,
the eyes see,
but they only see some sights,

there are sounds that only
the heart can hear,
sights that only
the heart can see,
fragrances that only
the heart can inhale,
caresses that only
the heart can feel.

Trust your heart.

Just Love

Love has no motive,
no goal,
no beginning,
no end.

Life

Life is not happening “to” you,
Life is happening “through” you.

Life is not about “you” at all.

Lovers

Lovers... what does this mean "Lovers"?
To be forever thirsty,
To be forever hungry,
To be on the edge of an abyss, with no choice but a gleeful leap into the unknown.
These are Lovers.

Jangan Tinggal Dirimu

muhammadzubirali

Jangan tinggal dirimu
terasing
Di penjuru rumah
Bila kau datang
Menemuiku
Kekasih!

Jangan tinggal dirimu
Mengembara jauh
Tanpa peta di tangan
Bila kau berkunjung
ke rumahku
Wahai kekasih!!

Jangan tinggal dirimu
Bersama seribu soalan
Setiap kali
Kau melontar senyum mistri
Dari rakit hidup
Yang hanyut tanpa kemudi..

Jangan tinggal dirimu
Kesaorangan,
Setiap kali kuteguk
Minuman di tangan
Yang ku minum
adalah masalahmu
yang tersangkut
di jendela fikiran
yang tersepit
di pintu hati.
Wahai kekasih!!!

Jangan
tinggal
dirimu...

7 Februari 2003
Bangsar.

SERU PUTERI MELAYU

HAI AIR, OMBAK DAN LAUT
BERALUN MEMIKAT LEMAH DAN LEMBUT
MENYIMPAN RAHSIA MUTIARA KALBU
MARJAN INDAH WARISAN BANGSAKU

HAI RUMPUT, POHON DAN GUNUNG
KHAZANAH BANGSA TEMPAT BERLINDUNG
ZAT KHASIAT MEMAKAI TUDUNG
EMBUN PAGI TAK DAPAT DIBENDUNG

HAI NAFAS, ANGIN DAN NYAWA
MENJANGKAU  SELURUH ALAM MAYA
RAIHAN MELAYANG MEMBAWA CINTA
CINTA  DARI ALAM  SYURGA.

HAI TUBUH, HATI DAN RUH
BERSATU DIRI DENGAN SEPENUH
LARI MALAM MENINGGALKAN SIANG
LARI  KELAM  TERSINAR TERANG

KU SERU DIKAU PUTERI  MELAYU
TERSINGKAP TIRAI  NAMPAK WAJAHMU
BANGKIT PEKERTI  NILAI BISTARI
AKALBUDI PUTERI  JAUHARI..


ZUBIR ALI
23 OGOS 2002
10 PAGI

Usah Mudah

Usah mudah menyatakan kasih
jika tiada faham makna

Usah mudah menyatakan sayang
jika tiada perasaan mendalam

Usah mudah menyatakan cinta
jika tiada rasa akannya

Kasih sayang
Cinta mendalam
Rindu dendam
   Dua jiwa
   Dua rasa
   Dua minda
Bertaut dalam ying dan yang.

e.m.a.s.
29/07/2002

Sayap Simurgh

Sewaktu jari jemarimu
Yang lembut itu
menyentuh sayapku
listrik kasihmu menjalar
ke seluruh tubuhku
lalu aku mengepak sayap Simurgh
menghantar telipati rindu
pada Pengirim Kasih
yang kelihatan jauh tetapi amat dekat.

Dari dahimu
Yang menerima kucupan kasih
Terpancar nurcahaya
Membuka mata ketiga
Yang merenung ke alam mistri
Tempat asal usul kita berdua.

Dan bunga wajahmu
Kembang menguntum
Seperti matahari pagi
Menghirup sinar embon
Pada hujung daun.

Zulaikha kekasihku
Ketahuilah
Ada rindu seputih salju
Menantimu
Setiap hari musim gugur
Bila aku tiada di sisimu.

01.10.01
Nuryusof

Bandut

muhammadzubirali

Kerjanya
mencipta ketawa
untuk orang lain,
membuat orang lupa
pada kuku derita
yang mencengkam dada.

Kerjanya
mencipta senyuman
membina impian
sementara menanti
hakikat kekejaman
yang menunggu manusia
di luar teater.

Kerjanya
untuk membunuh
derita orang lain
tapi derita hatinya sendiri
seperti kain buruk
yang koyak rabak
basah oleh darah
menanggung luka yang parah.

Mac 1991

Malam Kosovo

muhammadzubirali

Malam itu
Aku dibawa ke Kosovo
Dengan  susunan bunga kata-kata
Yang melompat dari bibir
Lalu menjadi bunga merah darah;
Manik-manik terungkai tanpa rasa
Gugur ke lantai waktu.

Suara dan gerak amator
Mencurah rasa yang tak terasa,
Jeritan perjuangan mengangga
Meminta korban sapi betina
Sejarah selalunya berulang
Anjing tetap makan tulang
Manusia tinggal tulang-belulang
Cinta di kuburan terbuka
rindu tergantung di awan
Dan waktupun menyepi
meninggalkan pentas sunyi.

Begitulah
Seperti biasa
Sang Melasovic  merencana
Di sebalik suara jeritan perkosa
Suara etnik itu terkabur oleh suara agama;
Agama ini mesti dihapuskan
Supaya kita tak terhapus.
Perang Salib ini mesti diteruskan
Di sebalik tirai siang.
Tersorok di balik doko dan iklan
Tersirat di balik drama dan teater.
Orang-orang sedang berjihad
Kita-kita sedang apa?

Besoknya
Ku baca lagi derita di dalam akhbar
Peperangan dan pembunuhan
Menjadi sarapan pagiku
Dan kopinya yang merah
Terpercek ke bajuku yang putih
Dan bibikku bertanya:
"Apa enak sarapan pagi ini Pak?"
Jawab isteriku:-
"Rasanya enak sekali
seperti meminum darah
Dan meratah daging manusia."
Aku memandang isteriku
Dan kami ketawa kecil.

Suara jeritan Kosovo
Seperti juga suara jeritan Bosnia
Semalam yang menjerit
Disambut dengan hari ini
Yang bisu dan kaku
Seperti biasa
Rumah makan di penuhi manusia
Yang bicara tentang
kezaliman
Penderitaan
Kekejaman
Perkosaan
Kematian
Di bumi asing.
Seolah-olah kita semua
Terlepas dari
Kezaliman yang bersepuh perak
Penderitaan yang bersalut rahmat
Kekejaman yang di undang-undangkan
Perkosaan yang dikahwini
Kematian yang ditabur bunga-bunga merah
Di bumi sendiri.

Bulan bintang
Masih tersangkut
di langit
Siapakah yang akan mengaitnya
Ke bumi?
Suara--suara sumbang
Tertinggal di pentas lakon
Yang terasing,
sunyi dan sepi


DTC, UM
25hb.Jun 1999

MERABA DALAM TERANG

muhammadzubirali

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Padahal yang meraba itu
Bukannya orang buta mata.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Takut teraba benda yang tajam
Dan terluka tangan yang lembut.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Cinta menjadi buta
Kasih menjadi tuli
Marah menjadi ketelanjuran
Benci menjadi sunyi.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Tradisi dimaqamkan di dalam kaca
Identiti ditanam bertanda dua
Wajah-wajah tertutup topeng
Tubuh-tubuh telanjang menutup mukahati.


11.5.1999
ASK

Bagaimana?

muhammadzubirali

Bagaimana
kalau kau
dilahirkan semula
sebagai seorang remaja,
apakah aku
bisa membetulkan jalan hidupku
supaya jadi lebih mulia
lebih mengerti
lebih simpati?

Atau walaupun
berapa kali
aku dijadikan
masih juga aku
mahu mengulangi
kesilapan dulu
kerna nikmat itu
tersimpan di sebalik kesilapan
dan tangisan keampunan.

Abu Raihan

Tuesday, March 23, 2010

PERBUATAN KITA

muhammadzubirali

Aku melihat perbuatanku
Dalam perbuatanmu
Atau mungkin aku merasa
Perbuatanmu
Dalam perbuatanku.

Aku merasa
Kata-katamu
Menjadi kata-kataku
Dan akhirnya menjadi kata-kata kita
Di manakah aku
Di Manakah kau?.

Rupanya
Bersama si Ali itu
Gerak kita bersatu
Dalam gerak yang tunggal
Rupanya
Ada keizinan ghaib
Yang meraba seluruh kosmos.

29 Nov.1999.

Cermin Hati

muhammadzubriali

Pernahkah kau
Melihat ke dalam
Cermin hatimu,
Apakah ada
wajahmu di dalamnya?

Di dalam cermin hati
Dapat di lihat wajahmu sendiri,
Melihat matamu
Melihat telingamu
Melihat mulutmu
Melihat akalmu
Melihat hatimu,
Tapi ingatlah
Apa yang di dalam cermin itu
Hanyalah bayanganmu
Bukan hakikatmu..

Cermin hati
Adalah tempat melihat diri
Diri terdiri
Diri ampunya diri
Diri yang fana diri.

29 November 1999.

MERABA DALAM TERANG

muhammadzubirali

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Padahal yang meraba itu
Bukannya orang buta mata.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Takut teraba benda yang tajam
Dan terluka tangan yang lembut.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Cinta menjadi buta
Kasih menjadi tuli
Marah menjadi ketelanjuran
Benci menjadi sunyi.

Luarbiasanya
Meraba dalam terang,
Tradisi dimaqamkan di dalam kaca
Identiti ditanam bertanda dua
Wajah-wajah tertutup topeng
Tubuh-tubuh telanjang menutup mukahati.


11.5.1999
ASK

TUTUP MATA DAN TELINGA

muhammadzubirali

Tutup matamu
tutup telingamu
tutup inderamu
tutup akalmu
buka kalbumu
buka rohanimu
buka rahsiamu.

Semakin jauh
ke luar perjalanan
semakin jauh
dirimu kau tinggalkan

Semakin tinggi
engkau mendaki
semakin sakit
tersungkur ke bumi..

Apakah penglihatan
di luar jangkauan mata
apakah suara bunyian
alam kesunyian ?.

Dirimu
Di dalam hatimu
Hatimu
Di dalam rohanimu
Rohanimu di dalam
Sirrmu.


Bagaimana mungkin
bayang-bayang
mengaku memiliki sifat tuannya,
itu satu ilusi ngeri
yang menyiksa diri sendiri.


Kalau kau memang
bayang- bayang
yang akan hilang
bila berkocak air tenang,
wahai Ali !
beradablah seperti bayang-bayang
supaya tuanmu sudi membunuhmu.

Oktober 98

KALAU AKU

muhammadzubirali

Kalau aku
Benar-benar manusia
Bukan haiwan
kenapa aku hanya
hidup untuk makan dan minum
hidup untuk bekerja dan tidor
berputar dalam lingkaran duniawi
seperti seekor sapi
menggiling padi ?


Kalau aku
Benar-benar insan
Yang mengandung enam alam
Kenapa aku
Tidak mampu
menanggalkan pakaian
Penjara duniaku
Yang hanya satu ini ?


Kalau aku
Benar-benar khalifah
Bukan makhluk teknologi
apa tugasku di sini ?
apa yang ada
di sebalik minda
seorang abdi ?
apa yang terbuku
di ruang kalbu insani ?
apa yang tersembunyi
di dalam rohani diri ?.


Kalau aku
Benar-benar khalifah
Bima Sakti dan lain-lain geleksi
kenapa dimensiku
hanya kecil dan satu ?
kenapa kasihku
hanya pada diriku ?
dan si Ali ini hamba siapa sebenarnya
kalau bukan hamba Yang Maha Segala ?


Oktober 1998

Sunday, February 7, 2010

BUDOK-BUDOK JAME LO'NING ~

Budok-budok jame lo’ning
(Budak-budak zaman sekarang)

Starik kito jame du’lu, ore puteh buak kapa terbe
(Ingat kita zaman dulu, orang puteh buat kapal terbang)

Ore kito baru panda buak ko’re
(Orang kita baru pandai buat pemarut kelapa)

Ore puteh la’ca rokek ko bule
(Orang putih lancar rokek ke bulan)

Ore kito ukah punyo ca’wak kote
(Orang kita panjat pokok kelapa pakai cawat kote)



Lo’ning ore puteh eksport motosika
(Sekarang orang putih eksport motosikal)

Budok-budok kito panda bek’ki ejuh, bek’ki enda
(Budak-budak kita pandai baiki ekzos, baiki handle)

Tugaknye pereh moto tok ingat khaba
(Bersungguh tarik minyak motor sampai tak ingat)

Nye kona lepe, sapa tu’bik bite kama
(Dia pusing leper, sampai keluar percikan api)

Date-date gak bunyi beruhhhh…!!!
(Datang-datang bunyi vrommmmmmm….!!!)

Nye masuk straigh dale keda roti cana
(Dia masuk terus dalam kedai roti canai)



Bunyi kokeng-kokeng nye lembe habis puyuk kuali meje krusi
(Bunyi kukang-kukang, dia pungah habis periuk, kuali, meja, kerusi)

Tue keda ke’juk sakik jatung berbule-bule
(Tuan kedai terkejut sakit jantung berbulan-bulan)

Tue moto selok kero tok ingak khaba
(Tuan motorsikal sebak kera sampai tak ingat)

Masuk spita, tubik spita
(Masuk hospital, keluar hospital)

Sapa lo’ning jale me’peh tigo slenda
(Sampai sekarang, jalan lemah tak bermaya)



Budok-budok jame lo’ning
(Budak-budak zaman sekarang)

Kalu kito nok bek’ki bia comel
(kalau kita tegur nak bagi comel)

Dio pulok koho duk nyenye
(Dia pulak makin duk perli kita)

Kalu kito tok maroh
(kalau kita tak marah)

Dio duk ralik isak dadoh
(Dia duk asyik hisap dadah)

De nyo pening mari habih bare dio ratoh
(Bila datang pening, habis barang dia gadai)



Habih rumoh ore dio gie cu’ri, dio belasoh
(Habis rumah oarang dia pergi mencuri, pergi belasah)

Nye kebah habih reto bendo ore kapung
(Dia kebas habis harta benda orang kampung)

Kalu di masjid ore gie semaye berduyung-duyung
(Kalau di masjid, orang pergi sembahyang berduyung-duyung)

Dio pulok duk ketek slipar jepung
(Dia pulak duk mencuri selipar jepun)

Male-male dio jadi muse bule
(Malam-malam dia jadi musang bulan)

Tok leh itik, dio kebah anok aye toge
(Tak dapat itik, dia kebas anak ayam)



Tapi dio tok sedar
(Tapi dia tak sedar)

Tubuh comel jadi pelek
(Tubuh comel jadi pelik)

Jale tu gak, loklek-loklek supe je’puk lembek
(Berjalan tu, lemah longlai serupa mcm cekodok lembik)

Date-date gak reboh bek…
(Datang-datang rebah)

To de wak gie klinik
(Tak sempat bawak ke klinik)

GUANE GAMOK ORANG KITE ~ Ibrahim Mohd Taib

Guane gamok orang Tranung kite
(Apa khabar orang Terengganu Kita)

Arak-arak se’gor megor
(Harap-harap segar bugar)

Dok kemama lagi
(Tidak lalai lagi)


Kalu gi’tu orang kite baru ada kelah
(Kalau begitu orang kita baru ada kelas)

Baru jangok, boleh masuk bong
(Baru bergaya, boleh masuk cabaran)

Lawang dengang orang negeri laing
(Lawan dengan orang negeri lain)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok anok beranok kite di Besut nu
(Apa khabar anak beranak kita di Besut tu)

Dok soh nok nu’suk, dok payoh nok su’sut
(Jangan bersembunyi, tak payah nak menyembunyi)

Semangak roh Kuale Besut tu dok soh bia liuk
(Semangat roh Kuala Besut jangan dibiarkan jadi liut)

Mari kite same-same pisoh
(Mari kita sama-sama pisah)

Jangan lok sapa nge’suk
(Jangan biar sampai berundur)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok adik kakok di Setiu tu
(Apa khabar adik kakak di Setiu tu)

“I love you” bia se’buk slalu
(“I love you” biar disebut selalu)

Kite kasih pade tanoh bongsu kite tu
(Kita kasih pade tanah bongsu kita tu)

Dok soh wi kliru
(Jangan bagi keliru)

Mari kite same-same tapu
(Mari kita sama-sama tolong)

Jangang lok jadi berdebu
(Jangan biar jadi berdebu)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok pulok warih-waroh kite orang Kuala Terengganu
(Apa khabar waris-waris kita orang Kuala Terengganu)

Orang bando
(Orang bandar)

Biar rajing skit
(Biar rajin sedikit)

Su’sung molek bandor kite nie
(Susun sedikit bandar kita nie)

Dok soh ikuk dang
(Jangan ikut sempat je)

Paka plekong, paka skung
(Pakai lontar, pakai letak)

Mari kite same-same jage
(Mari kita sama-sama jaga)

Jangang lok, biar skung
(Jangan jadi terbiar)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok saing-saing kite di Kuale Brang
(Apa khabar kawan-kawan kita di Kuala Berang)

Urang ulu
(Orang hulu)

Lening rama doh bojeng rambuk perang
(Sekarang dah ramai berjambul rambut perang)

Tu tandenye, orang kite memang maju ikuk perkembangang
(Itu tandanya, orang kita memang maju ikuk perkembangan)

Mari kite same-same lembang
(Mari kita sama-sama kacau)

Jangang lok jadi ngambang
(Jangan biar jadi mengambang)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok pulok saing rodong kite di Marang
(Apa khabar pulak rakan karib kita di Marang)

Napoknye, Marang pung kite kena wi kedepang
(Nampaknya, Marang pun kita kena bagi kehadapan)

Baru seimbang
(Baru seimbang)

Biar takdok orang maroh
(Biar tiada orang marah)

Lakoh sikit-sikit patang larang
(Langkah sedikit pantang larang)

Mari kite same-same nganyang
(Mari sama-sama kita gayang)

Jangang lok ba’hang rambang
(Jangan biar hentam sebarangan)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok barang kali sdare-sdare kite di Dungun
(Apa khabar barang kali saudara-mara kita di Dungun)

Buak lah apa benda pung
(Buat lah apa benda pun)

Jangang sakang duk nengung
(Jangan suka duk termenung)

Ita-ita lah orang kite di Kuala Jenga
(Intai-intai orang kita di Kuala Jengal)

Pasir raja nung
(Pasir Raja tu)

Seluk bira jalang tu
(Lumpur tepi jalan tu)

Napok berdo’oh blokong
(Nampak sangat kotornya)

Mari kite same-same bangung
(Mari kita sama-sama bangun)

Jangang lok re’boh su’gung
(Jangan biar rebah berdebuk)


Guane gamok orang kite
(Apa khabar orang kita)

Guane gamok mok oh nye kaung krabak kita di Kemamang
(Apa khabar agaknya kaum kerabat kita di Kemaman)

Jangang lok nye makang sata
(Jangan biar makan satar)

Cuma telang lemang
(Cuma telan lemang)

Beri lah vitaming
(Bagilah vitamin)

Biar ceroh mate
(Biar cerah mata)

Baru dok chemang
(Baru tak lemah)

Mari kite same-same kucoh….
(Mari kita sama-sama tolong)

Jangang lok die bengang
(Jangan biar dia bengang)


Guane gamok orang Tranung kite
(Apa khabar orang Terengganu Kita)

Arak-arak se’gor megor
(Harap-harap segar bugar)

Dok kemama lagi
(Tidak lalai lagi)

BALIKLAH WOK ~ Ibrahim Mohd Taib

Sayup mengelor anok dok balik / Sayup memanggil anak tak balik
Menyembah sujud pada Mung / Sembah sujud (memohon) pada kamu
Seakang zaman doktong sudah sapok / Seakan zaman bjalan2 dah smpai ke hadnye
Seakan zaman gelekek habih doh / Seakan zaman gelak ketawa dah abis
Mung duk jauh Mok panggil dekat / Kamu jauh mak panggil dekat
Mung duk dekat Mok panggil rapat / Kamu dkt mak panggil rapat
Mung duk rapatt Mok sendal / Kamu rapat Mak sendal (bergerak makin rapat/menempel)
Takmboh bui gogeh / Tak nak bagi goyang/brgerak
Renungan si Ibu terandeng jauh / Renungan ibu terlontar jauh
Seakang mengelor anok manih / Seakan memanggil si anak manis
Yang hatinya gelebek sumbing / Yang hatinya terluka
Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor / Ingat pd air mata yg bcucuran mbasahi beranda
Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor / Seakan mahu anaknye balik serta merta dr KL
Biar cokkoh depang mata / Biar ada (tsembul) d depan mata
Biarlah mung dulu suka mengakas / Biarla kamu dulu suka memanjat (nakal)
Sedor sedor le ni senyap tuppas / Sedar2 skrg senyap sunyi
Sampai gitu mbas menengung / Sampai begitu sekali kamu pergi
Mok tunggu mu balik raya kappong / Mak tunggu mu balik raya di kampung
Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh / Mak tunggu kamu jadi baik, jangan kd kalut
Mok doa' biar jadi manih dok kelat sebbat / Mak doa biar jadi manis tak bmuka kelat
Mok doa' lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat / Mak doa lagi hari raya, biar tenang jangan haru biru
Rok jelibung mok tebah buat jalang / Semak samun mak tebas buat jalan
Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang / Takut kamu digigit penyegat lari lintang pukang
Nok tengoknya ke mung / Teringin nye nk tgk kamu
Memang dok dang dang / Memang tak sabar2
Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan / Nak ramas/pegang jari ank kesayangan
Hari Raya andainya buleh aku kelor mung / Hari raya andainya boleh aku panggil kamu
Takut nak jeruwoh takut mung belohok / Takut kamu jeruwoh (nk tmuntah) takut kamu tsedak
Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol / Bukan mak nak kereta beso, bkn mintak emas setongkol (harta btimbun)
Mok tahu mung makang burger, hotdog / Mak tahu kamu makan burger, hotdog
Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok / Dulu kamu suka jering, gemar kueh badok
Mok cuba kelor lagi neh / Mak panggil lagi ni
Baliklah Wok baliklah / Balik la anak ku balik la
Hari raya dok baik bekok/ Hari raya xbaik berkecil hati (bkira)
Mok terima mung sayang / Mak terima kamu sayang
Salahnya cuma silap belaga buah getoh / Salahnye cuma silap belaga buah getah
Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok / Tsilap sikit, rebus ubi kayu tak rebus ubi torok (jenis ubi)
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok / Kerna adik2 kamu je kamu bkecil hati
Hari raya ning baliklah Wok / Hari raya ni balik la Nak
Mok sorang berlagu pilu sedih / Mak sorang kesedihan
Ayoh mu gi dok royat nok mati / Ayah kamu pergi begitu saje, tiada tanda2 nk meninggal
Rasa nok gelekek tadok tepat geli / Rasa nk bgelak, tiada tempat geli
Raya sama mung dok tau tepat nok gi / Raya bsama kamu, xtau tempat nak pergi
Baliklah Wok / Balik la Anak
Anak anak ku / Anak-anak ku
Kalau mu kenang duana mung tubek / Kalau kamu kenang di mana kamu lahir
Kalau mu kenang sapa beso ke mung / Kalau kamu kenang siapa mbesarkan kamu
Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik / Kalau kamu kenang siapa jaga kamu sejak kecil
Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih / Kalau kamu kenang bagaimana kamu boleh mbaca dan mnulis
Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah / Pagi raya ni kamu akan ada d rumah
Pagi raya ning mung buat air dappor / Pagi raya ni kamu bancuh/siapkan air di dapur
Pagi raya ning ciung tangang orang tua / Pagi raya cium tangan orang tua
Pagi raya ning mitok maaf dengan mok / Pagi raya ni mintak maaf dengan mak
Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung / Pagi raya ni, mak x pernah berniat nak marahkan kamu
Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal / Hari raya hari berkeluarga, cenderahati termahal
Hadiah paling comel, hamper paling beso, / Hadiah plg comel, hamper plg besar
Hari raya, mung semualah paling beso, / Hari raya, kamu semuala paling bermakna
Anok beranok, warih waroh / anak beranak, sedara mare..

(Sajak written & read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu)

KERANDA 152 ~ Usman Awang

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

(Tahun 1967)

Saturday, February 6, 2010

JADILAH AWANG - SAJAK KUALA BERANG ~ Ibrahim Mohd Taib

Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije bbaruh.
Peyingat leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kubao bbaruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lagok ajok mung main galoh panjang.

Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.

Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroing,
Tera dulu makan peta,dok payoh makang ganja.
Tinggallah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.

Awang, belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggallah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.

Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Le ning kuruh ceding, lawo kucing.

Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.

Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.

Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk.

Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh mmalang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok mmenang.

Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.

Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung beghenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang.

HAMPA ~ Chairil Anwar

kepada sri

Sepi di luar. Sepi menekan mendesak.
Lurus kaku pohonan. Tak bergerak
Sampai ke puncak. Sepi memagut,
Tak satu kuasa melepas-renggut
Segala menanti. Menanti. Menanti.
Sepi.
Tambah ini menanti jadi mencekik
Memberat-mencekung punda
Sampai binasa segala. Belum apa-apa
Udara bertuba. Setan bertempik
Ini sepi terus ada. Dan menanti.

DERAI DERAI CEMARA ~ Chairil Anwar

cemara menderai sampai jauh
terasa hari akan jadi malam
ada beberapa dahan di tingkap merapuh
dipukul angin yang terpendam

aku sekarang orangnya bisa tahan
sudah berapa waktu bukan kanak lagi
tapi dulu memang ada suatu bahan
yang bukan dasar perhitungan kini

hidup hanya menunda kekalahan
tambah terasing dari cinta sekolah rendah
dan tahu, ada yang tetap tidak terucapkan
sebelum pada akhirnya kita menyerah

1949

YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS ~ Chairil Anwar

kelam dan angin lalu mempesiang diriku,
menggigir juga ruang di mana dia yang kuingin,
malam tambah merasuk, rimba jadi semati tugu

di Karet, di Karet (daerahku y.a.d) sampai juga deru dingin

aku berbenah dalam kamar, dalam diriku jika kau datang
dan aku bisa lagi lepaskan kisah baru padamu;
tapi kini hanya tangan yang bergerak lantang

tubuhku diam dan sendiri, cerita dan peristiwa berlalu beku

1949

MALAM DI PEGUNUNGAN ~ Chairil Anwar

Aku berpikir: Bulan inikah yang membikin dingin,
Jadi pucat rumah dan kaku pohonan?
Sekali ini aku terlalu sangat dapat jawab kepingin:
Eh, ada bocah cilik main kejaran dengan bayangan!

1947

SENJA DI PELABUHAN KECIL ~ Chairil Anwar

Ini kali tidak ada yang mencari cinta
di antara gudang, rumah tua, pada cerita
tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut
menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut

Gerimis mempercepat kelam. Ada juga kelepak elang
menyinggung muram, desir hari lari berenang
menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak
dan kini tanah dan air tidur hilang ombak.

Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan
menyisir semenanjung, masih pengap harap
sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan
dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap

1946

PENERIMAAN ~ Chairil Anwar

Kalau kau mau kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati

Aku masih tetap sendiri

Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi

Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani

Kalau kau mau kuterima kembali
Untukku sendiri tapi

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.

Maret 1943

KURANG AJAR ~ Usman Awang

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

BUNGA POPI ~ Usman Awang

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

KORBAN TANAH AIR ~ Usman Awang

Biar dia telah pergi
Atau gugur ke persada ibu
Yang…takkan kembali
Meninggalkan bakti dan jasa

Dia hanya seorang mata-mata
Atau perajurit yang berbakti
Meninggal bingkisan jasa
Pada bangsa dan ibu pertiwi

Dia gugur di medan perjuangan
Di tengah-tengah hutan belantara
Atas kuburnya ditabur kembangan
Disiram dengan air mata

Kekasih yang menuggu dia
Putus cinta…bisikan jiwa

PAK UTIH ~ Usman Awang

I
Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II
Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

KEKASIH ~ Usman Awang

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.