Friday, March 26, 2010

KETIADAAN

muhammadzubirali

Dari tiada
Muncullah ada
Muncullah pasangan
Muncullah cahaya
Muncullah makna
Menjadi bentuk-bentuk
Yang berenang di lautan lawan.

Tiada itulah bonda
Kerana darinya lahir segalanya
Ada itulah bapa
Kerana darinya terpancar alif
Dan hejaiyah yang lain.

Rahsia itu
Adalah perkahwinan
Kawin itu buahnya zuriat
Zuriat itulah khalifah
Memerintah dan diperintah
Pada malam pernikahan
Tiada dan ada.


2000

No comments: