Friday, March 26, 2010

Pinta

Alhamdulillah...
Ketika hati tulus meminta
ia terlaksana.

Pernah dulu aku meminta
itu dan ini
Apa yang aku perolehi
hanya sebuah jalan yang panjang
yang penuh dengan adegan yang tak kuinginkan

Cacatkah pintaku?
Cacatkah diriku yang meminta?
cacatkah nuraniku ketika aku meminta-minta?

Kini aku mengerti
Mungkin pintaku tiada murni
Mungkin juga pintaku memaksa
Mungkin juga Dia suka aku meminta
dan terus meminta berkali-kali kepada-Nya
berserah diri seluruhnya kepada yang lebih hakiki
supaya lebih mendekat
supaya lebih memahami
supaya lebih menghayati

Alhamdulillah...
Bukan sahaja pintaku itu dan ini,
diberi lagi dan lagi...

e.m.a.s.
26/03/2010

1 comment:

Unknown said...

Tuhan amat menyayangimu...sbb tu Dia menangguhkan dulu hasrat utk menunaikan permintaanmu kerana dia amat rindu utk mendengar suara hambaNya menyeru namaNYA....