Friday, March 26, 2010

Yoyo- Sang Kera Hitam (Setelah tidak jadi melihat "Wangi jadi Saksi")

Yoyo- Sang Kera Hitam
(Setelah tidak jadi melihat "Wangi jadi Saksi")

Dia belajar di Amerika
Mengangkat kamera dan filem
Dari satu bunga kangkang
ke bunga kangkang yang lain
mencari dan mencuri ilham
dari runtuhan bangunan
kota New York.

Lalu pulang ke gagang
Dalam keadaan mengengkang
Dan terkangkang mencari bunga baru
Dengan keangkuhan seorang direktor
Anak didik kera hitam dari Amerika.
Kerna katanya :
Kera kelabu asap di sini masih belum bertamadun
Masih di ikat oleh adat kuno
Masih belum mengerti erti kebebasan sejati
Mungkin dia boleh mengajar kera-kera di sini
pengertian hidup yang sebenar
Bebas dari ikatan apa-apa saja.

Kerana kangkangnya lebih besar
Dari sekangkang kera kelabu
Maka tradisi baginya
Adalah sebuah ceritera rhetorika
Untuk menerima realiti khayalan
Sementara menunggu kemusnahan,
Yang pasti datang
Membawa kiamat diri.

Yoyo si kera hitam
Bicara tentang kebenaran
Sambil meneguk anggur di tangan
Dan mata liar
Melihat bunga di taman
Untuk merenung mata
Potensi mangsa senggamanya
Yang terkial-kial memandang langit diri
Dalam kepuasan sementara,
Sementara menunggu
Bulu serigalanya tumbuh sepenuhnya
Dan hukum karma memakan diri.

Julai 2006

No comments: